Sunday, 27 November 2016

Asas penghawa dingin atau air cond

Salam dan selamat sejahtera...

Hari nie saya tak tau nak tulis apa.. so tulis ja la asas2 kepada sistem aircond.. asas aircond ni terpakai untuk semua jenis aircond termasuk aircond rumah.. kereta.. bangunan.. kediaman besar macam kapal atau offshore unit.. pendek kata semua la yang berkaitan aircond...

Cuma untuk kediaman besar macam bangunan dan lain2 tu ada setengah menggunakan sistem chiller tapi asas sistem ni pun dari sistem air cond gak... nanti bab sistem chiller ni saya cerita dalam entry lain plak..

Sebenarnya sistem aircond ni mudah ja.. dan jika kita paham kita dapat pasang dan repair atau troubleshot skit2.. tapi yang penting kena ada alat dan kelengkapan semua la,, sebab kalo tak dak memang tak bole la nak repair atau check...

Jadi apa2 pun sebelum kita belajar cara pasang atau cara kenal pasti kerosakan kita kena belajar la asas dulu kan..

Penghawa dingin nie ada 4 komponen utama dalam satu sistem..

  • Compressor atau pemampat
  • Condenser atau penkondensasi.. betul ke tak translate nie.. hahaha
  • TEV atau thermostatic expansion valve
  • Evaporator atau pemeluwap
Ada semua nie so lengkap la litar untuk asas aircond.. walaupun kena ada beberapa kompenen tambahan nie untuk betul2 melengkapkan litar nie.. tapi apa pun ni la kompenen paling penting... tak berfungsi salah satu sistem nie akan mengakibatkan masalah kepada sistem tersebut

Compressor atau pemampat
  • Memampatkan, menaikkan suhu dan tekanan gas freon
  • juga bertindak sebagai medium seperti pam yang akan menyalurkan gas freon ke seluruh sistem
Condenser
  • Menukar gas freon menjadi cecair dengan menurunkan suhu berdasarkan teori perbezaan suhu
  • Ada setengah condenser menggunakan kipas dan sebahagian lagi menggunakan air 
TEV
  • Mengatur aliran freon dan mengubah bentuk freon yang berkeadaan cecair menjadi titisan kecil supaya luas permukaan bagi cecair tersebut bertambah dan meningkatkan proses pemeluwapan semasa di evaporator nanti
  • Mempunyai lingkaran tembaga dan bebuli tembaga di hujung dan diletakkan di evaporator supaya kadar freon dapat di atur berdasarkan perbezaan suhu
Evaporator
  • Menukarkan titisan kecil cecair freon menjadi gas semula untuk dimasukkan ke dalam compressor dan kitaran ini akan berulang
  • Di sini lah kita dapat merasa angin sejuk yang dikeluarkan oleh aircond tadi, tetapi semasa proses ini terjadi cecair akan mendidih dan termeluwap menjadi gas
Jadi ini lah serba sedikit mengenai asas aircond.. saya cuba nak terangkan dalam bahasa yang mudah difahami.. tapi maafkan saya sebab saya bukan penulis yang baik... huhuhuhu😢

nota kaki... gambar semua ambik di internet.. jadi kredit untuk tuan gambar.. tima kasih..😃



Saturday, 26 November 2016

pasang sendiri autogate

Salam dan selamat sejahtera semua,

Tengok tajuk tu macam best ja kan.. rasa macam nak pasang autogate.. tapi tu la bila da survey2 kebanyakkan jual siap pasang... tapi yang masalahnya bajet pulak tak banyak.. tu pun ada hati nak pasang autogate.. hahahaha

Ya la kan niat nak pasang autogate ni for sure la sebab nak mudah.. tak nak kena hujan.. tak nak turun keta... pastu yang paling penting selamat skit sebab da tak payah turun naik keta masa nak buka tutup pagar tu kan...

Jadi bermula la proses mencari installer autogate di kawasan kedah nie... sebenarnya tak susah sangat pun sebab banyak kedai atau installer yang bole psang autogate nie..tapi tu la da sebab bajet kecik jadi terpaksa la pasang sendiri kononnya untuk berjimat dan belajar.. tapi tercapai jugak la hajat tu.. hahaha

kebanyakkan installer autogate untuk pagar swing atau lipat letak harga antara rm1200-1800 bergantung kepada jenis autogate... ni harga siap pasang tanpa wiring... kalo termasuk wiring kena tambah lagi dalam rm400-700 bergantung kepada jarak dan jenis wiring..  jadi tanya punya tanya ada yang quote antara rm1700-2200 siap pasang dan wiring..

kira2 bajet bawah rm1500 ja nie... jadi nak tak nak terpaksa la beranikan diri untuk pasang sendiri.. setelah study dalam 4-5 bulan tentang cara2 wiring dan pasang autogate maka dapat lah pasang sendiri... Alhamdulilah berjaya jugak walaupun da nervous gila masa nak sambung bateri dan set remote takut terbang plak duit beli autogate tapi tak menjadi.. 😭

rasa seronok betul bila dapat buat benda baru dan berjaya kan...

jadi nak cerita lagi pasai autogate ni.. saya pasang autogate brand dc moto jenis swing.. bukan jenis autolock,..pagar pun pakai pagar standard rumah taman tu... nak tukar pagar rasa macam tak berbaloi plak.. alang2 nak tukar biar tukar pagar besar terus kan... kan...hahaha

Jenis ni pakai bateri standby.. so kalo black out pun bole buka gate lagi... dan lagi satu even ada problem sampai tak bole jugak buka bole buka pakai kunci... so nanti motor dia akan release lock kat gear dalam motor tu so still bole buka gate manually.. so ok la kan spec ni..

sori la yer gambar pun ambik dalam google ja sebab cari2 gambar tak jumpa pulak letak mana.. hahaha... nanti dalam entry lain saya masukkan plak camana saya pasang tu..