Hari nie saya tak tau nak tulis apa.. so tulis ja la asas2 kepada sistem aircond.. asas aircond ni terpakai untuk semua jenis aircond termasuk aircond rumah.. kereta.. bangunan.. kediaman besar macam kapal atau offshore unit.. pendek kata semua la yang berkaitan aircond...
Cuma untuk kediaman besar macam bangunan dan lain2 tu ada setengah menggunakan sistem chiller tapi asas sistem ni pun dari sistem air cond gak... nanti bab sistem chiller ni saya cerita dalam entry lain plak..
Sebenarnya sistem aircond ni mudah ja.. dan jika kita paham kita dapat pasang dan repair atau troubleshot skit2.. tapi yang penting kena ada alat dan kelengkapan semua la,, sebab kalo tak dak memang tak bole la nak repair atau check...
Jadi apa2 pun sebelum kita belajar cara pasang atau cara kenal pasti kerosakan kita kena belajar la asas dulu kan..
Penghawa dingin nie ada 4 komponen utama dalam satu sistem..
- Compressor atau pemampat
- Condenser atau penkondensasi.. betul ke tak translate nie.. hahaha
- TEV atau thermostatic expansion valve
- Evaporator atau pemeluwap
Ada semua nie so lengkap la litar untuk asas aircond.. walaupun kena ada beberapa kompenen tambahan nie untuk betul2 melengkapkan litar nie.. tapi apa pun ni la kompenen paling penting... tak berfungsi salah satu sistem nie akan mengakibatkan masalah kepada sistem tersebut
Compressor atau pemampat
- Memampatkan, menaikkan suhu dan tekanan gas freon
- juga bertindak sebagai medium seperti pam yang akan menyalurkan gas freon ke seluruh sistem
Condenser
- Menukar gas freon menjadi cecair dengan menurunkan suhu berdasarkan teori perbezaan suhu
- Ada setengah condenser menggunakan kipas dan sebahagian lagi menggunakan air
TEV
- Mengatur aliran freon dan mengubah bentuk freon yang berkeadaan cecair menjadi titisan kecil supaya luas permukaan bagi cecair tersebut bertambah dan meningkatkan proses pemeluwapan semasa di evaporator nanti
- Mempunyai lingkaran tembaga dan bebuli tembaga di hujung dan diletakkan di evaporator supaya kadar freon dapat di atur berdasarkan perbezaan suhu
Evaporator
- Menukarkan titisan kecil cecair freon menjadi gas semula untuk dimasukkan ke dalam compressor dan kitaran ini akan berulang
- Di sini lah kita dapat merasa angin sejuk yang dikeluarkan oleh aircond tadi, tetapi semasa proses ini terjadi cecair akan mendidih dan termeluwap menjadi gas
Jadi ini lah serba sedikit mengenai asas aircond.. saya cuba nak terangkan dalam bahasa yang mudah difahami.. tapi maafkan saya sebab saya bukan penulis yang baik... huhuhuhu😢
nota kaki... gambar semua ambik di internet.. jadi kredit untuk tuan gambar.. tima kasih..😃
nota kaki... gambar semua ambik di internet.. jadi kredit untuk tuan gambar.. tima kasih..😃
No comments:
Post a Comment